Wednesday, 25 November 2009

kalau ada masalah no more proxy alive from refererX



kenapa asyik kluar no more proxy alive.adoii.baru masuk 6000 proxy pakai proxy finder enterprise pun sama jugak hasilnya..pastu masuk pakai manual pun xleh jugak .y heranya bila proxy tu masuk kat mozilla ok plak.boleh guna..apa masalah nye ye sebnarnya??tension tul....skrg tgh wat pada satu blog kajian.only traffic from refererX..



====


source


Baiklah biar saya terangkan dengan detail.

Pertama sekali kita kena tahu bagaimana cara sesuatu proxy itu di detect / di nilai / di kenalpasti samaada ia hidup/alive atau tidak. Dalam Internet, istilah sama ada sesuatu site itu hiduop atau mati adalah bergantung kepada berapa lama site tersebut response / bertindakbalas kepada access kita. Contohnya kalau kita access satu website dan kita kata website itu down, sebenarnya apa yang cuba kita katakan ialah, website itu tidak dapat diaccess setelah berapa lama ia dicuba. Berapa lama ia dicuba untuk diaccess adalah bergantung kepada setting default sesuatu browser. Sebab itu kadangkala sesuatu site itu kita nampak down, tapi bagi pengguna lain tidak.

So dalam keadaan proxy yang anda nyatakan diatas, sebenarnya ia down atau tidak adalah kerana RefererX telah diset untuk check sesuatu proxy itu untuk response dalam masa 30 saat timeout sahaja. Jika lebih dari itu, proxy tersebut akan dianggap mati. Kenapa perlu ada time out. Kerana jika tidak, maka akan menjadi terlalu slowlah segala kerja nanti dek kerana ada proxy yang response sampai berminit-minit. Jadi elok untuk ada penyeragaman timeout supaya performance nya jauh lebih baik. Untuk itu standard biasa dalam apa-apa jua program, perlu ada set initial timeout.

So sama lah juga dengan proxy finder enterprise. Ia ada initial setting nya sendiri berapa lama ia set timeout nya. Sebab itu jika proxy yang dihasilkan oleh proxy finder atau apa jua tool lain, tidak bermakna ia juga boleh digunakan oleh RefererX, kerana timeout sesuatu program itu berbeza-beza.

Kenapa saya cadangkan proxy finder enterprise dulu ialah untuk sekadar menjadi sdalah satu sumber bagi kita mendapatkan banyak lagi proxy. Saya akui memang kadang kala senarai yang dikeluarkan oleh proxy finder enterprise itu banyak yang gagal sekiranya kita check di RefererX, tetapi saya tetap cadangkan kerana, kadang kala ia juga boleh memberikan proxy yang agak baik yang mampu mengikut timeout RefererX dan seterusnya mampu menjadi working proxy bagi RefererX.

Bagi saya, selain dari proxy finder enterprise, saya juga gunakan sumber lain untuk mendapatkan proxy, terutamanya proxy yang telah di test dibawah timeout 30 saat. Antara site-site tersebut yang boleh anda gunakan ialah (dapatkan http proxy sahaja):

http://www.blackhatworld.com/blackha...3-proxy-lists/
http://tubeincreaser.com/proxylist.txt
http://www.proxy-list.net/fresh-proxy-lists.shtml

Seperkara lagi yang harus anda ketahui, line internet juga memainkan peranan dalam menentukan berapa banyak working proxy pada satu-satu masa, kerana bebanan sesuatu talian berbeza-beza mengikut provider, tempat dan masa. Contohnya, jika kita check working proxy pada waktu peak hour, di StarBuck KLCC, kita akan dapati jumlah proxy yang hidup agak jauh berkurangan berbanding jika kita check di waktu tengah malam di rumah kita. Begitu juga dengan ISP yang kita gunakan. Contohnya, kalau saya check working proxy menggunakan P1 wimax, hasilnya akan jauh lebih rendah berbanding dengan streamyx, walaupun kedua-dua nya berada di Sunway dan pada waktu yang sama.


Harap dapat membantu


from owner Last edited by azlanhussain; 11-22-2009 at 05:52 AM..



=====



reply


ermm aku duk kat area puchong kat rumah..memang sunyi..dan setakatni ok le jugak bg y lain.tp maybe aku pakai p1 max...adoii nyesal tukar ke P1 Max dr streamyx...huhu..

so kesimpulan y boleh dibuat disini :
1:RefererX ni sangat tak sesuailah utk pengguna p1 Max.kan.

huhu..sebab hasilnya sangat mendukacitakan..nak run 100 url pun dekat 20 kali tersangkut.."No proxy alive! no proxy alive".tension aku....

======





reply again



Bukan begitu. Kurang tepat statement tu. Kerana bukan P1Wimax semua tak OK. Masa saya pergi ke Kuantan tempohari, saya test P1Wimax, laju je, malah lebih laju dari Streamyx. Sama jua dengan Streamyx, tak semua tempat streamyx tu laju.

Kesimpulannya, kita kena faham bahawa, kelajuan line bukan kerana brand nya / nama pembekalnya, tetapi disebabkan oleh pelbagai perkara teknikal yang lain dan antaranya, peak hour & non peak hour usage, density kepenggunaan servise tersebut di sesuatu kawasan, router / interchange yang digunakan dsbnya.

Ini semua lumrah dan merupakan satu perkara yang sukar kita nak kawal, kerana ia akan akhirnya menjadi isu diantara telur dan ayam/ chicken & egg. ISP nak berikan servis terbaik, tapi macam mana nak beri kalau dana tak ada dan macam mana nak ada dana kalau subscriber tak ada. Begitulah jua sebaliknya, macam mana nak ada subscriber dan dana, kalau service tak baik..

Sekadar berkongsi ilmu.

No comments:

Post a Comment